Apa Khabar Wahai Jodohku ?

www.tips-fb.com Views
Assalamualaikum..


Apa khabar jodohku? Sihatkah? 
Berat rasanya kelopak mataku tertutup. 
Bagaimana dengan kamu? 
Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? 
Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu.
 Bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. 
Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. 
Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. 
Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. 
Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? 
Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, 
mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? 
Senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita. 
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. 
Dan mendekatlah diri kepada-Nya. 
Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? 
Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. 
Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. 
Hati ini kosong.. 
Dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? 
Bagaimana dengan Quran mu? 
Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? 
Apa yang kau fahami dari surah itu? 
Ceritakanlah kepadaku.. 
Aku sedia mendengar.. 
Dan begitu juga dengan keluhanmu.
Aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? 
Semakin baikkah ?
Aku berharap seperti itu.
 Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku..
Ku bisikkan AL-Fatihah untukmu..
Agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
Nantilah aku, 
Dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, 
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. 
Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. 
Dan membenarkanku dikala aku salah. 
Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… 
Dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. 
Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. 
Kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. 
Pejamkan matamu dengan buaian doa, 
Begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. 
Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, 
Memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
Aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, 
Seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)


= Ketahuilah aku selalu menanti mu. Setiap deringan yang berbunyi, ku sentiasa berharap ia adalah dirimu. Semoga kau tahu diri ini menanti diri mu =





Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

Jangan dikhuatiri wahai Muslimah kesayanganku..

www.tips-fb.com Views
Assalamualaikum..

wahai MUSLIMAH kesayanganku.

sekiranya dirimu TIDAK dihadiri lelaki,

itu tidak bermakna dirimu TIDAK DIINGINI. 

jangan khawatir karana CINTA ALLAH itu SUATU yang SANGAT PASTI.

sesungguhnya ALLAH sedang memelihara HATI dan JIWAMU

daripada DIKECEWAKAN dan didatangi perasaan RIAK.

DEKATKANKANLAH dirimu kepada ILAHI,

berilah cintamu pada yang memiliki CINTA,

PASTI CINTA SEJATIMU akan KAU TEMUI jua.

TAK USAH BERHARAP CINTA pada insan yang kau sendiri TIDAK PASTI.

jadilah seperti FATIMAH R.A,

MENDIAMKAN DIRI kepada lelaki yang kau SUKAI.

BERDOALAH kepada ALLAH.berdoa…dan terus berdoa…..

InsyaALLAH,dirimu pasti DICARI.

berpeganglah dengan kata-kata ini:
JAGALAH ALLAH,ALLAH PASTI MENJAGAMU.

muslimah seperjuanganku..

Tak usah dirimu khawatir,

berbuatlah sesuatu karana Allah,

dan bukannya karana kritikan manusia,

kerana mereka juga hamba Allah..

walau dirimu TIDAK CANTIK didunia,

walau dirimu TIDAK MENJADI SIULAN didunia,

semoga dirimu MENJADI BUALAN DISYURGA kelak..

semoga dirimu DIPANDANG DISYURGA kelak..


InsyaAllah..


Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!