. Jodoh itu bukan milik kita tapi milik Allah .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum and barakhallah . (;


Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, Biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku,
Walau jauh mana, meskipun lama mana,
Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti. InsyaAllah . :)


Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga . Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa . Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna .

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup. Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan. Jarak itu bnyak membantu kita muhasabah diri dan mengerti apa erti cinta disisi Allah s.w.t . =)
















Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

Tingkatkan ibadah, kurangkan juadah, banyakkan sedekah!

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum !


Hye ! Hye ! Amacam first day puasa ? Semua okay ? Alhamdulillah . Sarah lak hari first puasa Allah dah uji Sarah dengan demam + selsema . Fuhhh . Memang perit lahh . Dengan cuaca panas . Kadang-kadang confused . Suhu badan Sarah yang meningkat ke, suhu bumi yang makin panas ? Adehh . Apa-apa pun,  Alhamdulillah . Lepas solat zohor tadi demam Sarah dah berkurangan .  Tengok ! Bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T . Allah ! (‘:

Percaya atau tidak, mesti ada hamba Allah yang tak sabar-sabar nak update pasal menu berbuka . Betul takk ? TRUE STORY ekceli . Then, percaya atau tidak, PEROKOK TEGAR mesti tengah berperang dalam hati mereka sama ada nak berbukak ke tidak . Hee . Sabar . Sabar . Berapa jam je lagi . Faighting ~!!  So, sempena bulan baik dan hari baik ni apa kata kita cuba untuk tingkatkan ibadah, kurangkan juadah dan banyakkan sedekah ? Amacam ? Hehe . Dan kita boleh isi masa kita dengan benda yang bermanfaat . Jom sama-sama kita ikut . ^^,




Selamat beramal semua . =D








Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!