Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur ?

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum sahabat setia ku ! (;


Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok !!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang . (;

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu .


P/s : Nabi Muhammad akan tarik hidung Siti Aishah jika cemburu . Percintaan Nabi Muhammad jauh lebih romantic dari percintaan Romeo dan Juliet . Then, zaman sekarang kalau cemburu apa yang jadi ? Maki hamnun dan belasah isteri la jawabnya . Paling naya jatuh TALAK . Masya’Allah . Tapi bukan semua macam tu . Betul tak ? ^^,












Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Jodoh itu bukan milik kita tapi milik Allah .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum and barakhallah . (;


Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, Biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku,
Walau jauh mana, meskipun lama mana,
Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti. InsyaAllah . :)


Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga . Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa . Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna .

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup. Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan. Jarak itu bnyak membantu kita muhasabah diri dan mengerti apa erti cinta disisi Allah s.w.t . =)
















Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!