. Puding roti .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum semua !

Hari ni Sarah belajar memasak dengan nenek Sarah . Huyohhh ! Mesti korang cakap ni la calon isteri yang mithali dan disayangi oleh mertua rajin Sarah . Kan ? Kan ? Baik cakap YE ! Kalau tak, tanak share recipe dengan korang . Hahaha . Sarah dah pandai ugut sekarang . Jangan memain tau ? Sejak dua menjak ni saya dah mengganas ! Sebab dikelilingi jejaka tanpan dan idaman Malaya .

Hari tu Sarah dah share dengan korang macam mana nak buat pudding gula hangus kan ? Dah try buat ? Nanti bulan puasa ni boleh la buat untuk juadah berbuka . Jimat sikit ! Sebab kalau beli dekat kedai mahai ! Depa katok hang kaw-kaw punya la . Tak caya ? Nanti bulan puasa ni try beli . Ahha ~ Tengok siapa yang kena . (;

Okehh ! Pokk ! Pokk ! Jum kita masuk kelas memasak bersama Chef Sarah ! Yeahh . Bersihkan tangan sebersih-bersihnya . Kalau boleh, gigit kuman sampai mati . Jangan korang yang mati sudah la ye ? Sebab termakan tangan sendiri . Tayah nak jadi vampire sangat lahhh ~  Jadi hantu raya tape . Sebab nanti boleh beraya ! Heuheuu . Merepekss ! Tolong lempang laju-laju boleh ? Dari tadi duk merepek . Nak ganti Chef Wan lettew sambil masak sampil pot pet . Grrr .  *Itulah rahsia hidangan dia sedap . Plus dengan air mulut yang tersembur . Heeewww ~ :P

First ! Make sure korang kena sediakan ROTI . Nama lagi pudding roti an ? WAJIB malgunnah la kena ada ROTI . Second, telur 2 biji then susu pekat 1 tin . Okehh . Dah sedia ? Jum mulakan ~


Mula-mula korang kena la carikkan roti tu jadi kecil-kecilan gitu . Tak pun hiris sama die . Hiyahhh . Sampai la jadik cam gambar kat atas tue . Okayy ? Bila dah siap , korang pecahkan la telur tu . Jangan la jadi mat lampi sangat pergi masukkan sebijik telur gedebuk camtuh . Memang takan jadi sampai bila-bila la pudding korang tuh . Ada pahemmm ? Haa ! Masukkan telur 2 biji pastu masukkan sekali susu pekat tadi . Kalau korang takut kena diabetes, jangan la letak sampai licin tin susu tu . Just masukkan susu ¾ ja . Bolehh ?? Tapi kalau nak rasa lemak berkrim, masukkan je la 1 tin susu tu . Bila dah masukkan semua, korang kacau la dia biar sebati . Okay tuan puan semua ? ^_6 Fuhhh ~ Berpeluh mak nak ajar kome semua  ni tau .



So, akan jadi la macam gambar dekat atas tue . Bila semua sudah sebati, korang boleh la kepokkan die . Kalau korang rasa malas, bland pon boleyy . Tapi yang ni Sarah tak bland sebab my sifu cakap, tayah guna bland . Kepok ja . Orang zaman dulu tade pun bland bagai nih . Boley je buat kueh . Sedap lagi dari kueh zaman sekarang . Wuuu . Cakap je la mek nak cucu mek ni buat exercise tangan kan mekk ? (-,-)” TAPI ! Kalau pekat sangat, sila la tambah air ye ! Sebab korang nak bland kan ? Kalau tanak bland pun tambah la sikit air . Sikittttt je . Jangan banyak . Sebab takut nanti banjir cair pulak . Then, mek cakap, tambah la serbuk penaik sikit . Nak suruh dia cantik dan mantop naik sikit . Paham takk ? ^^v


Bila dah siap kepok or bland, maka akan kelihatan la seperti gambar di atas . So, boleh la korang masukkan acuan tadi tu ke dalam Loyang ! Pastu boley kukuskan dia selama 30 minit ! Selepas 30 minit ...



Inilah dia hasilnya . Tapi sayang la ! Tak cantik sangat sebab terkoyak sikit . Sebab tengah panas-panas Sarah dah keluarkan die dari Loyang . Excited la katakan nak tengok hasil sendiri . Ngeee . So, inilah die . Second kueh yang Sarah buad . Yeahhh . Sarah makin maju nampakk ? Dah boley jadi menantu kesayangan nih . Ahha ! Tolong lempang Sarah laju-laju lagi tapi make sure tak tinggal kesan lebam eh ? Nanti kurang duit hantaran . Heuheuu ~ Asyik berangan tak sudah . Menyampahhh !

Apa lagi ? Try la buad ? Sedapp ! Tak rugi pun . Nak buat dia bukan susah pun . Sonang jo . Bila dah sekali buat maka akan rasa nak buat banyak-banyak kali . Ohh ya . Nanti sarah try korek rahsia dengan Along pulak . Macam mana nak buat  Caramel . Caramel tu rupa dia macam mana ? Ni haaa ...


Tu la dia rupa  Caramel . Sedapp . Tapi nak buat dia rumit sikit lah ! Sebab nak kena asingkan putih telur tu lagi . Nak buat acuan dia lagi . Rupa pun dah cantik, menarik, tertarik dan deboom ! Nak buat dia mesti la rumit sikit . So, sabar la ye . Kalau Sarah rajin . So, doa-doa la supaya Sarah rajin sentiasa . Hahahaha . Baru tahu aq ni pemalas orangnya . :P

Okehh ! Sampai disini saja kelas cooking kita ye . Selamat mencuba ! Kalau tak jadi tu tandanya tangan korang tak sehebat tangan Sarah ni . Hahahaha . So, sila la potong tangan Sarah ni pastu pasang dekat tangan korang tuh ! Tapi jangan lupa pulangkan balik tau ? Nanti mak mertua nak sarungkan cincin tak dapat ! Sebab cari jari tak jumpa . Haru hidup aku nanti . Fewww ~















Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

0 comments :

Post a Comment

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!