Sambal Bilis garing.

www.tips-fb.com Views
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

First time try update pakai phone. Wahhh! Pasni dah tayah susah-susah nak buka lappy if malas tahap gaban kan. Haha. Ekceli ade je entry lain aku nak update and still lagi dalam process mengarang. Tapi tape la yang tu aku sambung nanti. Hehe. Saje nak share resepi kali ni. Sebab tadi ade buat sambal bilis garing. Hari tu dah buat (first time buat hari tu menjadi tapi tak jadi garingnya haa tapi jadi hangit sikit. Tapi tetap sedap okayyy.) Hehe.

Nak buat sambal bilis garing ni senang dan simple je haaa. Cara dia sama je nak buat sambal bilis petai tu. Yang bezanya sambai bilis petai tu structure dia tu moist dan ada petai. Tu je. Sambal bilis garing ni nama lagi garing kan? Mestilah kering dan crunchy. Kalau nak letak kacang or tempe pun boleh. Ikut selera korg la ye. Kalau aku, aku lagi suka cani je. Aummm! Jom tengok bahan dan cara buat dia.

Bahan bahan:

⚫️Bawang merah/bawang besar
⚫️Bawang putih
⚫️Cili kering
⚫️Asam keping (hiris halus-halus)
⚫️Garam/Gula secukup rasa
⚫️Ikan bilis

Cara membuat:

1)Rebus cili kering dan tos kan cili kering yang sudah direbus tu. Biarkan cili kering tu sejuk dan sementara waktu tu boleh buat kerja lain. Kalau nak mudah rebus cili kering tu awal-awal. Let say hari ni nak buat, malam tadi dah siap rebus dah cili kering tu. Sama jugak dengan ikan bilis.

2)Goreng ikan bilis sampai garing. Nak tahu dia garing ke tak tengok time goreng tu akan ada buih-buih. Kalau buih tu dah tade or berkurang tu maksudnya ikan bilis dah garing.

*Tos kan ikan bilis dan biarkan dia sejuk.

3) Kisar bawang putih dengan bawang merah. Tapi jangan letak air. Kisar dia dengan keadaan kering sebab kita nak buat sambal garing. Kisar jangan halus sangat. Kisar ala kadar je. Kalau aku lagi prefer tumbuk pakai lesung batu. Tu lagi akan buat rasa bawang lagi pure. Biar penat sikit janji sedap dimakan. 

4) Bila cili kering tadi dah sejuk dan betul-betul kering, kisar dia tanpa air. Sama macam bawang tadi. Kisar ala kadar je sebab nanti dah garing kita akan dapat rasa cili tu nanti.

5) Bila semua dah siap boleh la kita mula proses mengoreng. Guna minyak yang goreng ikan bilis tadi sebab pati ikan bilis ada dalam minyak tu jadi rasa dia akan lagi sedap dan asyik! Hehe. Bila minyak dah panas boleh la masukkan bawang-bawang yang dah dikisar tu tadi.

6) Agak-agak dah naik bau dan bahan tumis dah agak masak, boleh la masukkan cili kering yang dikisar tadi. Yang ni kena tahan sikit part bau tajam cili tu. Kalau nak bersin alihkan hidung dari kuali. Hehehe. Yang ni make sure api tidak terlalu besar tau sebab takut jadi cepat hangit pulak dan kena sentiasa kacau dia sebab takut nanti cepat hangit! Nanti tak berapa sedap. 

7) Bila dah masak sikit boleh la letak gula sikit (ni org kelantan je kebanyakkan letak gula. Tapi bagi aku bukan nak bagi ada rasa manis tapi nak bagi kurangkan sikit rasa ketajaman cili tu tadi. So ini depends pada korg nak letak gula ke tak ehh). Macam mana nak tahu cili tu dah masak? Tengok warna dia. Kalau dah kearah merah kehitaman tu tandanya cili dah masak la tu. Lepas letak gula letak la garam secukup rasa. Kalau nak letak tok ajinomoto pun boleh letak sekali. Jangan lupa letak asam keping tadi taw. Sebab nak bagi rasa masam-masam sikit. Baru sedap. Biasanya aku guna air perahan asam jawa kalau masak sambal. Tapi in this case aku tukar kepada asam keping sebab nak masak garing kan. Kalau guna air asam jawa tak menjadi la masak garing dia tu.

8) Tunggu sampai betul-betul garing dan make sure tangan korg sentiasa gaul dan pastikan api kecil sebab nak elakkan dari menjadi hangit. Bila berpuas hati dengan tahap kegaringan dia tu boleh la angkat dan sejukkan dia buat sementara waktu.

9) Bila dah sejuk boleh la masukkan ikan bilis yang digoreng tadi kedalam cili goreng garing dan gaulkan dia sampai sebati. Siap!

10) Boleh la makan dengan nasi putih panas-panas tak pun letak dalam bubur nasi. Umphhhh! Menyelerakan! Jangan risau sambal bilis garing ni tahan lama. Tak simpan dalam peti ais pun tape. Selamat sajee.


Taraaaa! Sedapkannn. Ratah gitu pon bolehhh. Aummm!



Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

0 comments :

Post a Comment

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!