Sambal Bilis garing.

www.tips-fb.com Views
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

First time try update pakai phone. Wahhh! Pasni dah tayah susah-susah nak buka lappy if malas tahap gaban kan. Haha. Ekceli ade je entry lain aku nak update and still lagi dalam process mengarang. Tapi tape la yang tu aku sambung nanti. Hehe. Saje nak share resepi kali ni. Sebab tadi ade buat sambal bilis garing. Hari tu dah buat (first time buat hari tu menjadi tapi tak jadi garingnya haa tapi jadi hangit sikit. Tapi tetap sedap okayyy.) Hehe.

Nak buat sambal bilis garing ni senang dan simple je haaa. Cara dia sama je nak buat sambal bilis petai tu. Yang bezanya sambai bilis petai tu structure dia tu moist dan ada petai. Tu je. Sambal bilis garing ni nama lagi garing kan? Mestilah kering dan crunchy. Kalau nak letak kacang or tempe pun boleh. Ikut selera korg la ye. Kalau aku, aku lagi suka cani je. Aummm! Jom tengok bahan dan cara buat dia.

Bahan bahan:

⚫️Bawang merah/bawang besar
⚫️Bawang putih
⚫️Cili kering
⚫️Asam keping (hiris halus-halus)
⚫️Garam/Gula secukup rasa
⚫️Ikan bilis

Cara membuat:

1)Rebus cili kering dan tos kan cili kering yang sudah direbus tu. Biarkan cili kering tu sejuk dan sementara waktu tu boleh buat kerja lain. Kalau nak mudah rebus cili kering tu awal-awal. Let say hari ni nak buat, malam tadi dah siap rebus dah cili kering tu. Sama jugak dengan ikan bilis.

2)Goreng ikan bilis sampai garing. Nak tahu dia garing ke tak tengok time goreng tu akan ada buih-buih. Kalau buih tu dah tade or berkurang tu maksudnya ikan bilis dah garing.

*Tos kan ikan bilis dan biarkan dia sejuk.

3) Kisar bawang putih dengan bawang merah. Tapi jangan letak air. Kisar dia dengan keadaan kering sebab kita nak buat sambal garing. Kisar jangan halus sangat. Kisar ala kadar je. Kalau aku lagi prefer tumbuk pakai lesung batu. Tu lagi akan buat rasa bawang lagi pure. Biar penat sikit janji sedap dimakan. 

4) Bila cili kering tadi dah sejuk dan betul-betul kering, kisar dia tanpa air. Sama macam bawang tadi. Kisar ala kadar je sebab nanti dah garing kita akan dapat rasa cili tu nanti.

5) Bila semua dah siap boleh la kita mula proses mengoreng. Guna minyak yang goreng ikan bilis tadi sebab pati ikan bilis ada dalam minyak tu jadi rasa dia akan lagi sedap dan asyik! Hehe. Bila minyak dah panas boleh la masukkan bawang-bawang yang dah dikisar tu tadi.

6) Agak-agak dah naik bau dan bahan tumis dah agak masak, boleh la masukkan cili kering yang dikisar tadi. Yang ni kena tahan sikit part bau tajam cili tu. Kalau nak bersin alihkan hidung dari kuali. Hehehe. Yang ni make sure api tidak terlalu besar tau sebab takut jadi cepat hangit pulak dan kena sentiasa kacau dia sebab takut nanti cepat hangit! Nanti tak berapa sedap. 

7) Bila dah masak sikit boleh la letak gula sikit (ni org kelantan je kebanyakkan letak gula. Tapi bagi aku bukan nak bagi ada rasa manis tapi nak bagi kurangkan sikit rasa ketajaman cili tu tadi. So ini depends pada korg nak letak gula ke tak ehh). Macam mana nak tahu cili tu dah masak? Tengok warna dia. Kalau dah kearah merah kehitaman tu tandanya cili dah masak la tu. Lepas letak gula letak la garam secukup rasa. Kalau nak letak tok ajinomoto pun boleh letak sekali. Jangan lupa letak asam keping tadi taw. Sebab nak bagi rasa masam-masam sikit. Baru sedap. Biasanya aku guna air perahan asam jawa kalau masak sambal. Tapi in this case aku tukar kepada asam keping sebab nak masak garing kan. Kalau guna air asam jawa tak menjadi la masak garing dia tu.

8) Tunggu sampai betul-betul garing dan make sure tangan korg sentiasa gaul dan pastikan api kecil sebab nak elakkan dari menjadi hangit. Bila berpuas hati dengan tahap kegaringan dia tu boleh la angkat dan sejukkan dia buat sementara waktu.

9) Bila dah sejuk boleh la masukkan ikan bilis yang digoreng tadi kedalam cili goreng garing dan gaulkan dia sampai sebati. Siap!

10) Boleh la makan dengan nasi putih panas-panas tak pun letak dalam bubur nasi. Umphhhh! Menyelerakan! Jangan risau sambal bilis garing ni tahan lama. Tak simpan dalam peti ais pun tape. Selamat sajee.


Taraaaa! Sedapkannn. Ratah gitu pon bolehhh. Aummm!



Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

Kembali menari diatas keyboard.

www.tips-fb.com Views
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana masih gerakkan hati dan jari-jemari yang tak berapa nak runcing ini terus aktif untuk menghasilkan nurkilan. Ecewahhh. Ayat taley blah bila dah lama sangat tak menaip dan mengarang entry. Haha. Last update rasanya time tu aku still study on my 4th semester and now already finishing my Bachelor Degree but still not convo yet. Sadiskan? Supposed dah convo tapi ntah mengapa UiTM lani tetiba nak pakai sistem baru andddd memasing nak berstatuskan "autonomy". Mean that aku akan berkonvo dekat Uitm Kelantan dan tayah nak convo ke main campus di Shah Alam nun disana. Khabar berita mengatakan majlis istiadat convocation akan berlangsung pada end of April. Katanyaaa. Tunggu dan lihat sajolah.

Memandangkan dah lamo gilos tak active berblogging ni actually before this aku deactivate kan sekojap blog ni diamana hanya aku sahaja boleh access url blog ni (padahal tak jengah langsung pun haihhh). Hmmmm kenapa? Sebab aku rasa macam nak stop dari membebel ntah pasal ape dekat sini dah macam org syok sendiri jeee ghopeenye. Macam lah ade orang nak baca. Haha. Ntah pape. Pre-matured betoi! Dannnn untuk kali ni tak semua entry yang lama aku publish taww! Aku dah tapis kesemua entry yang lama dan yang tidak published tu hanya aku jela dapat baca. Sebagai kenangan. Hehehehe.

Ekceli banyak sebenarnya aku nak ubah. First thing first, aku nak ubah rupe blog ni haaaa. Macam kanak-kanak ribena je ghopenye. Al-maklumlah. Dulu time gila berblogging dulu time tu baru je diawal 20-an! But now I am already in the middle of era 20. Hahaha. Cepat bebenor masa berlalu. Sebab tu lah sekarang aku dah limitkan entry aku yang tak berapa nak matang tu dulu. Hahaha. Sengal rupanya aku dulu *gelak sambil keluar airmata. Second, mestilah aku nak ubah cara penulisan aku haaa. Dah tanak dah tulis entry yang melambangkan aku ni tak matang. Aku kan dah nak cecah alam kewanitaan. *wanita lah sangatttt. Tangan ke bahu mata ke atas sambil lidah keluar. Haha. Well, itu semua depends on mood kerajinan aku lah kann. Nak senang nak je aku cari memana blog yang buat service blog decoration but with the affordable price la kannn. Tu pun kalau aku jumpa. Tapi kalau ade yang nak suggestkan aku amatlahhhh alu-alukan. *peace!

Sempena kemunculan baru ni aku nak berwajah baru, nak berkelakuan baru, nak menjadi Sarah Muhaimi yang baru tulis something that can give benefits especially to my visitors (if any). Aku nak share pasai ape? Hurmmm. Ekceli aku macam la MACAM nak share tips macam mana aku makin cantik, menarik dan memang deboom boleh lose some weight and how to control our diet with the right path. Padahal aku tak lah kuruih mana pun tapi boleyyy la kalau nak dibandingkan dengan zaman awal remaja dulu tuhh. Hehe. Amacam? Teruja tak dengan idea baru aku ni? Cing cing!! *Tapi tunggu la mood rajin aku datang. Hahahaha. (Emoji gelak sambil keluar ayaq mata)



Nah setepek muka aku yang terbaru. Lagak macam ade yang rindu dan kisah kannn. Hahaha. Tayah nak caci muka aku sebab ni camera tade effect punya senang cita no filter gitteww. Ok bai!

Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. I'm sorry .

www.tips-fb.com Views






I'M SORRY.
Sometimes, I get jealous thinking that someone else could make you happier than I could. (-_-)
I guess it's my insecurities acting up.
Because I know I'm not the prettiest, smart test or most fun and exciting.
But I do know that no matter how hard and long you look.
You'll never find somebody that loves you like I do. 






Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur ?

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum sahabat setia ku ! (;


Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok !!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang . (;

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu .


P/s : Nabi Muhammad akan tarik hidung Siti Aishah jika cemburu . Percintaan Nabi Muhammad jauh lebih romantic dari percintaan Romeo dan Juliet . Then, zaman sekarang kalau cemburu apa yang jadi ? Maki hamnun dan belasah isteri la jawabnya . Paling naya jatuh TALAK . Masya’Allah . Tapi bukan semua macam tu . Betul tak ? ^^,












Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Jodoh itu bukan milik kita tapi milik Allah .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum and barakhallah . (;


Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, Biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku,
Walau jauh mana, meskipun lama mana,
Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti. InsyaAllah . :)


Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga . Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa . Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna .

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup. Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan. Jarak itu bnyak membantu kita muhasabah diri dan mengerti apa erti cinta disisi Allah s.w.t . =)
















Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

Tingkatkan ibadah, kurangkan juadah, banyakkan sedekah!

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum !


Hye ! Hye ! Amacam first day puasa ? Semua okay ? Alhamdulillah . Sarah lak hari first puasa Allah dah uji Sarah dengan demam + selsema . Fuhhh . Memang perit lahh . Dengan cuaca panas . Kadang-kadang confused . Suhu badan Sarah yang meningkat ke, suhu bumi yang makin panas ? Adehh . Apa-apa pun,  Alhamdulillah . Lepas solat zohor tadi demam Sarah dah berkurangan .  Tengok ! Bertapa hebatnya kuasa Allah S.W.T . Allah ! (‘:

Percaya atau tidak, mesti ada hamba Allah yang tak sabar-sabar nak update pasal menu berbuka . Betul takk ? TRUE STORY ekceli . Then, percaya atau tidak, PEROKOK TEGAR mesti tengah berperang dalam hati mereka sama ada nak berbukak ke tidak . Hee . Sabar . Sabar . Berapa jam je lagi . Faighting ~!!  So, sempena bulan baik dan hari baik ni apa kata kita cuba untuk tingkatkan ibadah, kurangkan juadah dan banyakkan sedekah ? Amacam ? Hehe . Dan kita boleh isi masa kita dengan benda yang bermanfaat . Jom sama-sama kita ikut . ^^,




Selamat beramal semua . =D








Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Wish you a very happy Ramadan Mubarak .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum!






May This Ramadan be as bright as ever . May this Ramadan bring joy, health and wealth to you . May the festival of lights brighten up you . And your near and dear ones lives . May this Ramadan bring in u the most brightest and choicest happiness and love you have ever Wished for. May this Ramadan bring you the utmost in peace and prosperity. May lights triumph over darkness. May peace transcend the earth. May the spirit of light illuminate the world. May the light that we celebrate at Ramadan show us the way and lead us together on the path of peace and social harmony .



Wish you a very happy Ramadan Mubarak !






Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Puding roti .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum semua !

Hari ni Sarah belajar memasak dengan nenek Sarah . Huyohhh ! Mesti korang cakap ni la calon isteri yang mithali dan disayangi oleh mertua rajin Sarah . Kan ? Kan ? Baik cakap YE ! Kalau tak, tanak share recipe dengan korang . Hahaha . Sarah dah pandai ugut sekarang . Jangan memain tau ? Sejak dua menjak ni saya dah mengganas ! Sebab dikelilingi jejaka tanpan dan idaman Malaya .

Hari tu Sarah dah share dengan korang macam mana nak buat pudding gula hangus kan ? Dah try buat ? Nanti bulan puasa ni boleh la buat untuk juadah berbuka . Jimat sikit ! Sebab kalau beli dekat kedai mahai ! Depa katok hang kaw-kaw punya la . Tak caya ? Nanti bulan puasa ni try beli . Ahha ~ Tengok siapa yang kena . (;

Okehh ! Pokk ! Pokk ! Jum kita masuk kelas memasak bersama Chef Sarah ! Yeahh . Bersihkan tangan sebersih-bersihnya . Kalau boleh, gigit kuman sampai mati . Jangan korang yang mati sudah la ye ? Sebab termakan tangan sendiri . Tayah nak jadi vampire sangat lahhh ~  Jadi hantu raya tape . Sebab nanti boleh beraya ! Heuheuu . Merepekss ! Tolong lempang laju-laju boleh ? Dari tadi duk merepek . Nak ganti Chef Wan lettew sambil masak sampil pot pet . Grrr .  *Itulah rahsia hidangan dia sedap . Plus dengan air mulut yang tersembur . Heeewww ~ :P

First ! Make sure korang kena sediakan ROTI . Nama lagi pudding roti an ? WAJIB malgunnah la kena ada ROTI . Second, telur 2 biji then susu pekat 1 tin . Okehh . Dah sedia ? Jum mulakan ~


Mula-mula korang kena la carikkan roti tu jadi kecil-kecilan gitu . Tak pun hiris sama die . Hiyahhh . Sampai la jadik cam gambar kat atas tue . Okayy ? Bila dah siap , korang pecahkan la telur tu . Jangan la jadi mat lampi sangat pergi masukkan sebijik telur gedebuk camtuh . Memang takan jadi sampai bila-bila la pudding korang tuh . Ada pahemmm ? Haa ! Masukkan telur 2 biji pastu masukkan sekali susu pekat tadi . Kalau korang takut kena diabetes, jangan la letak sampai licin tin susu tu . Just masukkan susu ¾ ja . Bolehh ?? Tapi kalau nak rasa lemak berkrim, masukkan je la 1 tin susu tu . Bila dah masukkan semua, korang kacau la dia biar sebati . Okay tuan puan semua ? ^_6 Fuhhh ~ Berpeluh mak nak ajar kome semua  ni tau .



So, akan jadi la macam gambar dekat atas tue . Bila semua sudah sebati, korang boleh la kepokkan die . Kalau korang rasa malas, bland pon boleyy . Tapi yang ni Sarah tak bland sebab my sifu cakap, tayah guna bland . Kepok ja . Orang zaman dulu tade pun bland bagai nih . Boley je buat kueh . Sedap lagi dari kueh zaman sekarang . Wuuu . Cakap je la mek nak cucu mek ni buat exercise tangan kan mekk ? (-,-)” TAPI ! Kalau pekat sangat, sila la tambah air ye ! Sebab korang nak bland kan ? Kalau tanak bland pun tambah la sikit air . Sikittttt je . Jangan banyak . Sebab takut nanti banjir cair pulak . Then, mek cakap, tambah la serbuk penaik sikit . Nak suruh dia cantik dan mantop naik sikit . Paham takk ? ^^v


Bila dah siap kepok or bland, maka akan kelihatan la seperti gambar di atas . So, boleh la korang masukkan acuan tadi tu ke dalam Loyang ! Pastu boley kukuskan dia selama 30 minit ! Selepas 30 minit ...



Inilah dia hasilnya . Tapi sayang la ! Tak cantik sangat sebab terkoyak sikit . Sebab tengah panas-panas Sarah dah keluarkan die dari Loyang . Excited la katakan nak tengok hasil sendiri . Ngeee . So, inilah die . Second kueh yang Sarah buad . Yeahhh . Sarah makin maju nampakk ? Dah boley jadi menantu kesayangan nih . Ahha ! Tolong lempang Sarah laju-laju lagi tapi make sure tak tinggal kesan lebam eh ? Nanti kurang duit hantaran . Heuheuu ~ Asyik berangan tak sudah . Menyampahhh !

Apa lagi ? Try la buad ? Sedapp ! Tak rugi pun . Nak buat dia bukan susah pun . Sonang jo . Bila dah sekali buat maka akan rasa nak buat banyak-banyak kali . Ohh ya . Nanti sarah try korek rahsia dengan Along pulak . Macam mana nak buat  Caramel . Caramel tu rupa dia macam mana ? Ni haaa ...


Tu la dia rupa  Caramel . Sedapp . Tapi nak buat dia rumit sikit lah ! Sebab nak kena asingkan putih telur tu lagi . Nak buat acuan dia lagi . Rupa pun dah cantik, menarik, tertarik dan deboom ! Nak buat dia mesti la rumit sikit . So, sabar la ye . Kalau Sarah rajin . So, doa-doa la supaya Sarah rajin sentiasa . Hahahaha . Baru tahu aq ni pemalas orangnya . :P

Okehh ! Sampai disini saja kelas cooking kita ye . Selamat mencuba ! Kalau tak jadi tu tandanya tangan korang tak sehebat tangan Sarah ni . Hahahaha . So, sila la potong tangan Sarah ni pastu pasang dekat tangan korang tuh ! Tapi jangan lupa pulangkan balik tau ? Nanti mak mertua nak sarungkan cincin tak dapat ! Sebab cari jari tak jumpa . Haru hidup aku nanti . Fewww ~















Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Kesedihan tandanya Allah rindu pada rintihan kita .

www.tips-fb.com Views


Sedih dengan ujian ? CHILL kawan . Allah rindu pada rintihan kita . Kalau kita tak diingatkan dengan ujian, sampai bila pun kita tak ingat Allah. :') Betul tak ? Diujinya tahap keimanan kita . Sedangkan ramai yang terbiar dilalaikan . Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta yang mendapat rahmat-Nya. Bersyukurlah kita dengan keperihatinan yang diberi pada kita . :')


Senyum. Walaupun ujian memberati dan membebani kita . Sebab ilmu yang kita ada sangat terbatas untuk mengetahui apa sebenarnya yang bakal terjadi di sebalik ujian itu .  Adalah tu, something yang Allah dah susun untuk kita . Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita . So, jangan risau lebih. Allah tu romantic sangat . Selalu bagi kejutan yang tak disangka oleh kita . ^^,



Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Puding gula hangus .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum readers !

Ahhaaa !
Hari ni adalah hari rajin Sarah .
Heuheu ~
Cuti-cuti ni dah tataw dah nak buad ape .
Dah kebetulan weekend kan .
So, Sarah dan kakak Sarah memulakan operasi kami lah !
Pagi-pagi kami dah pergi pasar .
Beli nasi pagi, lauk pauk untuk dimasak dan bahan-bahan ntok buat kueh !
Lepas balik dari pasar tu, kami memulakan operasi kami .
Dimana kakak Sarah ambik port kemas rumah a.k.a ruang tamu .
Then Sarah pulak ambik port kemas bilik !
Amacam ?
Rajin tak kami berdua ? Hehehe . :P


Tadd tadaaa !
Ngeee . Nampak tak gambau kat atas tuh ?
Harus la nampak kan ?
Apa punya soalan daaaa ~
Petang tu Sarah menuntut ilmu dengan kakak Sarah ntok buad kueh !
Kueh hapee ?
Puding gula hangus .
Pernah makan dak ?
Sedapkan? Biasanya Sarah just makan yang kakak buad ja .
So, hari ni Sarah sendiri yang buad .
Wahhh !
Rasa bangga pulak !
Hehe . Sonang ja rupanya nak buad benda alah ni .
Apa yang perlu ada telur, susu pekat dan gula .
Simple bukan ?
First step korang masuk la telur dulu .
Dalam 10 biji .
Then masukkan susu pekat 1 tin !
Then kepok la die sampai naik a.k.a kembang .
So, akan jadi la seperti gambar diatas . (;


Bila dah kembang tu dah-dah la tu kepoknya .
Hehe .
Next step, korang ambik gula then masakkan dia .
Tapi make sure guna api paling kecil tau ?
Takut bukan hangus gula tu tapi HANGIT !
Hahahaha .
Korang masak gula tu sampai dia bertukar warna kePERANGan .
Pendek kata ala-ala warna gold gitu yee ~


Macam gambar dekat atas tuh .
Bila dah siap gula tu, korang boley la tuangkan adunan yang 1st step tadi .
Dalam bekas yang sama masa masak gula tu .
Kalau nak senang, masak gula tu terus dalam Loyang .


Then, boleh la masukkan ia kedalam kukusan .
Kalau nak tahu dah masak ke belum, korang try cucuk die pakai lidi .
Kalau tade lidi, pakai sudu pun boley .
Tapi pakai hujung sudu tu okay ~
Bila tak melekat, itu maknanya udah masak ya puan-puan .
Ngeee .


So, inilah dia .
Kueh pertama yang Sarah buad .
Dan Alhamdulillah menjadi .
Wahhh .
Saya dah pandai buat kueh laa .
Yeayy !
Tapi saya still tak reti buat biskut raya macam awak .
Ni nak kena menuntut la ni .
Amacam ?
Dah lulus la kan untuk beberapa step ! :P 
Wahahaha . (;


Puding gula hangus .
Homemade .
Love it ~!!
Thanks untuk Achik sebab ajar .
Achik memang pandai bab-bab kueh ni .
Sama macam Along .
Ngeee .
Kan untung ada kakak yang pandai bab masak-masak ni . ;D 














Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Kadang-kadang jadi tak okay pun okay jugak .

www.tips-fb.com Views

BIsmillahirrahmanirrahim . In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful .



Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu bagus jugak, sebab masa kita tak okay ni lah baru nak cari Allah, baru nak ingat balik kepada DIA. Allah sengaja mahu jadikan kita ni tak okay ada reasonnya. DIA ingin kita kembali kepada-Nya. DIA ingin kita mencari cinta-Nya. Selama masa yang kita terlalai dan terleka itu kita rasa hidup nak enjoy je, it's the time untuk Allah mengingatkan kita tentang keterlampauan batasan kita dalam berlebih-lebihan menikmati kenikmatan-Nya. Lumrahnya, manusia hanya ingin mencari Tuhan apabila dalam kesempitan. Dan ternyata, Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mendengar. Allah knows your heart, pergilah mengadu pada Dia kerana Dia mendengar . (:





Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!