Assalamualaikum and
barakhallah . (;
Jika ada jodoh, kita akan bertemu,Buat masa ini, Biarlah kita berjauhan dulu,Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku,Walau jauh mana, meskipun lama mana,Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti. InsyaAllah . :)
Walau bukan di dunia yang fana ini, insyaAllah, dengan berkat kesabaran,
pasti di syurga nanti bersatu juga . Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia,
tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa . Hanya dengan
sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan
yang lebih bermakna .
Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah
daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah
mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya
untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang
dibenciNya.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa
fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup. Aku yakin dengan Allah
SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang
sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan
berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang
sabar.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."(Surah an-Nur, ayat 26)
Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka
letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan. Jarak itu
bnyak membantu kita muhasabah diri dan mengerti apa erti cinta disisi Allah
s.w.t . =)
Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉
0 comments :
Post a Comment