. Puding gula hangus .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum readers !

Ahhaaa !
Hari ni adalah hari rajin Sarah .
Heuheu ~
Cuti-cuti ni dah tataw dah nak buad ape .
Dah kebetulan weekend kan .
So, Sarah dan kakak Sarah memulakan operasi kami lah !
Pagi-pagi kami dah pergi pasar .
Beli nasi pagi, lauk pauk untuk dimasak dan bahan-bahan ntok buat kueh !
Lepas balik dari pasar tu, kami memulakan operasi kami .
Dimana kakak Sarah ambik port kemas rumah a.k.a ruang tamu .
Then Sarah pulak ambik port kemas bilik !
Amacam ?
Rajin tak kami berdua ? Hehehe . :P


Tadd tadaaa !
Ngeee . Nampak tak gambau kat atas tuh ?
Harus la nampak kan ?
Apa punya soalan daaaa ~
Petang tu Sarah menuntut ilmu dengan kakak Sarah ntok buad kueh !
Kueh hapee ?
Puding gula hangus .
Pernah makan dak ?
Sedapkan? Biasanya Sarah just makan yang kakak buad ja .
So, hari ni Sarah sendiri yang buad .
Wahhh !
Rasa bangga pulak !
Hehe . Sonang ja rupanya nak buad benda alah ni .
Apa yang perlu ada telur, susu pekat dan gula .
Simple bukan ?
First step korang masuk la telur dulu .
Dalam 10 biji .
Then masukkan susu pekat 1 tin !
Then kepok la die sampai naik a.k.a kembang .
So, akan jadi la seperti gambar diatas . (;


Bila dah kembang tu dah-dah la tu kepoknya .
Hehe .
Next step, korang ambik gula then masakkan dia .
Tapi make sure guna api paling kecil tau ?
Takut bukan hangus gula tu tapi HANGIT !
Hahahaha .
Korang masak gula tu sampai dia bertukar warna kePERANGan .
Pendek kata ala-ala warna gold gitu yee ~


Macam gambar dekat atas tuh .
Bila dah siap gula tu, korang boley la tuangkan adunan yang 1st step tadi .
Dalam bekas yang sama masa masak gula tu .
Kalau nak senang, masak gula tu terus dalam Loyang .


Then, boleh la masukkan ia kedalam kukusan .
Kalau nak tahu dah masak ke belum, korang try cucuk die pakai lidi .
Kalau tade lidi, pakai sudu pun boley .
Tapi pakai hujung sudu tu okay ~
Bila tak melekat, itu maknanya udah masak ya puan-puan .
Ngeee .


So, inilah dia .
Kueh pertama yang Sarah buad .
Dan Alhamdulillah menjadi .
Wahhh .
Saya dah pandai buat kueh laa .
Yeayy !
Tapi saya still tak reti buat biskut raya macam awak .
Ni nak kena menuntut la ni .
Amacam ?
Dah lulus la kan untuk beberapa step ! :P 
Wahahaha . (;


Puding gula hangus .
Homemade .
Love it ~!!
Thanks untuk Achik sebab ajar .
Achik memang pandai bab-bab kueh ni .
Sama macam Along .
Ngeee .
Kan untung ada kakak yang pandai bab masak-masak ni . ;D 














Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Kadang-kadang jadi tak okay pun okay jugak .

www.tips-fb.com Views

BIsmillahirrahmanirrahim . In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful .



Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu bagus jugak, sebab masa kita tak okay ni lah baru nak cari Allah, baru nak ingat balik kepada DIA. Allah sengaja mahu jadikan kita ni tak okay ada reasonnya. DIA ingin kita kembali kepada-Nya. DIA ingin kita mencari cinta-Nya. Selama masa yang kita terlalai dan terleka itu kita rasa hidup nak enjoy je, it's the time untuk Allah mengingatkan kita tentang keterlampauan batasan kita dalam berlebih-lebihan menikmati kenikmatan-Nya. Lumrahnya, manusia hanya ingin mencari Tuhan apabila dalam kesempitan. Dan ternyata, Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mendengar. Allah knows your heart, pergilah mengadu pada Dia kerana Dia mendengar . (:





Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Biar dia tahu saya tak kisah .

www.tips-fb.com Views
Bismillahirrahmairrahim


"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.
Supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak.”


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.Trust Him as He knows the best for us . (; 

So, tak kisahlah ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more . Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna, biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik . I'm glad to be me even it's hard to be me. (:






- Dr.Cinta punya belog -




Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. So we can learn the value of STAY STRONG .

www.tips-fb.com Views

Assalamualaikum !


Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan. Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

Kadang-kadang untuk menjadi tak okay tu okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.


Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S iaitu Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.


Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of STAY STRONG .

- Dr.Cinta -



Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Wanita Dari Rusuk Lelaki .

www.tips-fb.com Views




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.


Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Saat Hati Berbicara .

www.tips-fb.com Views



Bila hati berbicara sendiri...
Bila diri tak terpujuk lagi...
Bila airmata hanya mampu mengalir...
Bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu..
Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini...
Ku tatap, ku baca bait-bait cinta yang tak pernah dusta...
Ternyata air mata membasahi pipi..
Kerana aku benar-benar hamba yang tak punya apa-apa...
Hanya mampu berteduh direndang kasihMu..
Mengharap belas dan ihsanMu dalam segenap keadaan dan situasi..
Aku lemah Ya Allah...
Aku hina Ya Allah...
Namun aku mengharap agar rahmat kasih sayangMu mengatasi segalanya...


Cukupkanlah aku dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku..
Jadikan kecintaan kepadaMu lebih aku cintai dari apa-apa yang ada di dunia ini..
Jadikan kembali kepadaMu cukup aku nantikan dengan persiapan rapi..
Agar ianya menjadi satu pertemuan yang Kau nantikan...
Jangan Kau hina aku dengan kelemahan ini ya Allah..
Tapi bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa mengingati Engkau dalam segenap ruang kehidupan ini..
Bantulah aku ya Allah..
Bantulah aku untuk meraih cintaMu..
Meraih cinta abadi buat insan dalam mencari damai yang hilang...


Saat airmata ini ingin mengalir..
Biarlah ianya mengalir hanya keranaMu ya Allah..
Saat hati ini rapuh...
Kuatkanlah ianya dengan peringatan dariMu ya Allah..
Ingatkan aku melalui kalamMu yang tidak pernah berdusta...
Saat aku kesunyian sendirian,
Engkaulah teman paling hampir...
Yang dapat ku adukan segala resah hati kecilku..
Saat aku kelelahan kerana kelemahan diri yang tak mampu aku atasi..
Kau setia mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah kekuasaanMu
Dan bukan kekuasaan aku..
Aku hanya berusaha dan Kau yang menentukan segalanya..
Kerana segala-galanya tertakluk pada kehendakMu jua..
Dan biarkan air mata ini terus mengalir membasahi sejadah iman..
Agar aku sedar Kau adalah teman sejati tika suka dan dukaku..
Kerana KAU KEKASIH ABADIKU....
ALLAH HU RABBI.. INNAMA ASYKU BASSI WA HUZNI ILA ALLAH...



credit to Aku Dengan Dia



Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

. Hati Perempuan .

www.tips-fb.com Views



Hati perempuan ,
Mereka sensitif daripada lelaki,
Tetapi mereka akan sanggup menunggu
anda untuk selamanya dan jangan uji perasaan mereka .





Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉

Sarah suka orang yang rajin membaca nih!Nak2 lau suka bg comment.. ;)

  • Home
  • Login
  • my FB!
  • Comel
  • Tutorial
  • About Me!