Assalamualaikum
sahabat setia ku ! (;
Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan,
maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin
bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam
‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan
sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi
Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit
dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam
keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin
bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan
menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu.
Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi
dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang
kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi
dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih,
seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri
yang penurut.
Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya
bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang
diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian.
Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia
menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana
itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok !!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha
meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi
saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan
serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah
perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang
laki-laki. Wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam, bukan dari tulang
kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri
pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki untuk merasai
setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih
sayang . (;
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan
Hawa, dia memang diciptakan seperti itu .
P/s : Nabi Muhammad akan tarik hidung Siti Aishah jika
cemburu . Percintaan Nabi Muhammad jauh lebih romantic dari percintaan Romeo dan Juliet . Then, zaman sekarang kalau cemburu apa yang jadi ? Maki hamnun dan
belasah isteri la jawabnya . Paling naya jatuh TALAK . Masya’Allah . Tapi bukan semua macam tu . Betul tak ? ^^,
Do you like this? Apa lagi , sila la LIKE (‾⌣‾)♉
1 comments :
Betul2.. X semua akan jadi camtu..
Post a Comment